Tuesday 3 March 2015

MDS yang penuh kenangan.

Assalamualaikum wbt .

MDS?
Minggu Destini Siswa atau minggu orientasi untuk pelajar Diploma Part 1 di UiTM .
berlangsung selama seminggu .
dan seminggu itu lah orang duk comot dan tak cantik langsung .
Mandi pun mandi kerbau .
mana taknya . tidurnya pukul 2-3 pagi . bangun 4.30 pagi ..
tak ke sembab muka masing-masing kan??

tapi for me . memang MDS is the event yang i have been waiting and excited for.
Excitement overloaded laaa..
bersemangat waja.
tatkala yang lain mengeluh aku menjerit happy .
Yang lain semua mcm humppphhh.
aku yang excited and be ready untuk semua aktiviti .
teruk perangai aku . hahaha .
disebabkan terlebih semangat tu lah aku dilantak jadi ketua Blok Intan masa MDS.
so i need to take of all yang duduk kat Kolej Intan masa tu .

MDS sangat happening because all the PM and Fasi are sporting and care about us .
Tersangat best .
PM yang under protocol semuanya crazy and we really enjoyed.
My favourite PM ?? ofcourse yang PM ROI .. haha nak jugak masukkan nama dia.
sebenarnya. aku bukan gedik nak dekat dia . tapi aku suka the way he talk and present .
how talkactive and energetic he is bila slot dia sampai .
and im sure all of us especially girls akan terjaga daripada tidur bila slot dia nak masuk . haha
segar semuanyaaa.

PM Roi .
dia dah banyak ubah tanggapan aku tentang campus life ni .
dia jujur bercerita dengan budak Information Management.
Dulu dia letak mindset untuk tidak bergaul n try to perform his best to get 3 pointer and above.
but masa part 3 dia kena tegur dengan senior ynag kata kononnya dia ni kerek .
then he competely change his thought about campus life.
360 degree dia berubah .
dia start bergaul and its turn back good.
he manage to gain more confident and akhirnya jadi PM protokol yang terbaik sepanjang MDS 2014/2015.. mmg aumm laaaaaaaaa..

sedikit sebanyak dia memang dah buka mata aku untuk lihat Campus life ni in another perspective .
and aku sedar yang untuk berjaya , making friends and be social a bit will help me alot.
maksud be social bukan lah yang jenis social yang hurm tu . Sosial.. bertegur orang
jgn diam sangat. macam tuh lah .

So, MDS aku mmg tamat dengan jayanya.Aku happy gila sebb dpt kenal pm roi . sebb kalau aku tak jumpa dia . kemungkinan besar aku akan jadi loner terunggul di segamat ni . dah lah muka aku mmg jenis yang garang dan angkuh tambah muka ketat jarang senyum . payah gitu ahhh.
haha. alhamdulillah .
hebat percaturan hidup aku yang Allah dah aturkan .

oh ye . ingat lagi masa malam terakhir MDS.. masa tu sesi bergambar . kitaorang boleh bergambar dengan semua pm as your wish la. if not . u just can go back to your room .
aku take this chance to wish pm roi a very good luck for his future job and to thank him for what he has done to me . agak pelik . tapi aku sangat hargai dia ceritakan perjalanan hidup dia di segamat ni . tak seberapa tapi aku mmg sentap sebb aku mmg set nak jadi mcm tu .
So, i wait for him about 30 minutes, tapi org tak sudah nak bergambar dengan dia.
so aku mencelah . jarak aku dengan dia lebih kurang satu meter jauh.

"pm roi , maaf . pinjam dua minit ye .saya nak ucapkan ribuan terima kasih dekat pm roi sebb dah banyak bantu saya. maybe pm roi tak paham. tapi your story really help me to realise that campus life is not what i really think before. tq so much sebab sudi kongsi cerita . saya hargai sangat-sangat . insyaALLAH, moda allah permudahkan semua urusan pm roi lepas ni . assalamualaikum "

dan apa yang buat aku shock is , mata dia.. dia terharu dan terkesima dengan apa yang aku buat . Respon dia yang seterusnya lagi buat aku terkejut sampai tak bernafas.
Boleh pulak dia tunduk dekat aku sambil airmata bertakung dlm mata dan tangan didada tanda dia tersentuh dengan kata-kata aku  . aku cuak dan dupdapdupdap gila. sserba salah pun ada.. aku dah lah segan . main tunduk2 pulak .. terus aku bagi salam and blah.. segan .laju aku balik bilik aku .
bila jumpa masa dia berniaga pisang goreng cheese tu , dia kenal aku and masing-masing segan . k fineeeeee. hahahahahahah .

but overall .. mmg aku berbangga dapat menjayakan MDS masa tu . Alhamdulillah.
insyaAllah . entri lain lah pulak ye . penat aku menaip ni .

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti .


salam sayang ,

MAGPAHULA SEPET 



olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..