Tuesday 3 March 2015

MDS yang penuh kenangan.

Assalamualaikum wbt .

MDS?
Minggu Destini Siswa atau minggu orientasi untuk pelajar Diploma Part 1 di UiTM .
berlangsung selama seminggu .
dan seminggu itu lah orang duk comot dan tak cantik langsung .
Mandi pun mandi kerbau .
mana taknya . tidurnya pukul 2-3 pagi . bangun 4.30 pagi ..
tak ke sembab muka masing-masing kan??

tapi for me . memang MDS is the event yang i have been waiting and excited for.
Excitement overloaded laaa..
bersemangat waja.
tatkala yang lain mengeluh aku menjerit happy .
Yang lain semua mcm humppphhh.
aku yang excited and be ready untuk semua aktiviti .
teruk perangai aku . hahaha .
disebabkan terlebih semangat tu lah aku dilantak jadi ketua Blok Intan masa MDS.
so i need to take of all yang duduk kat Kolej Intan masa tu .

MDS sangat happening because all the PM and Fasi are sporting and care about us .
Tersangat best .
PM yang under protocol semuanya crazy and we really enjoyed.
My favourite PM ?? ofcourse yang PM ROI .. haha nak jugak masukkan nama dia.
sebenarnya. aku bukan gedik nak dekat dia . tapi aku suka the way he talk and present .
how talkactive and energetic he is bila slot dia sampai .
and im sure all of us especially girls akan terjaga daripada tidur bila slot dia nak masuk . haha
segar semuanyaaa.

PM Roi .
dia dah banyak ubah tanggapan aku tentang campus life ni .
dia jujur bercerita dengan budak Information Management.
Dulu dia letak mindset untuk tidak bergaul n try to perform his best to get 3 pointer and above.
but masa part 3 dia kena tegur dengan senior ynag kata kononnya dia ni kerek .
then he competely change his thought about campus life.
360 degree dia berubah .
dia start bergaul and its turn back good.
he manage to gain more confident and akhirnya jadi PM protokol yang terbaik sepanjang MDS 2014/2015.. mmg aumm laaaaaaaaa..

sedikit sebanyak dia memang dah buka mata aku untuk lihat Campus life ni in another perspective .
and aku sedar yang untuk berjaya , making friends and be social a bit will help me alot.
maksud be social bukan lah yang jenis social yang hurm tu . Sosial.. bertegur orang
jgn diam sangat. macam tuh lah .

So, MDS aku mmg tamat dengan jayanya.Aku happy gila sebb dpt kenal pm roi . sebb kalau aku tak jumpa dia . kemungkinan besar aku akan jadi loner terunggul di segamat ni . dah lah muka aku mmg jenis yang garang dan angkuh tambah muka ketat jarang senyum . payah gitu ahhh.
haha. alhamdulillah .
hebat percaturan hidup aku yang Allah dah aturkan .

oh ye . ingat lagi masa malam terakhir MDS.. masa tu sesi bergambar . kitaorang boleh bergambar dengan semua pm as your wish la. if not . u just can go back to your room .
aku take this chance to wish pm roi a very good luck for his future job and to thank him for what he has done to me . agak pelik . tapi aku sangat hargai dia ceritakan perjalanan hidup dia di segamat ni . tak seberapa tapi aku mmg sentap sebb aku mmg set nak jadi mcm tu .
So, i wait for him about 30 minutes, tapi org tak sudah nak bergambar dengan dia.
so aku mencelah . jarak aku dengan dia lebih kurang satu meter jauh.

"pm roi , maaf . pinjam dua minit ye .saya nak ucapkan ribuan terima kasih dekat pm roi sebb dah banyak bantu saya. maybe pm roi tak paham. tapi your story really help me to realise that campus life is not what i really think before. tq so much sebab sudi kongsi cerita . saya hargai sangat-sangat . insyaALLAH, moda allah permudahkan semua urusan pm roi lepas ni . assalamualaikum "

dan apa yang buat aku shock is , mata dia.. dia terharu dan terkesima dengan apa yang aku buat . Respon dia yang seterusnya lagi buat aku terkejut sampai tak bernafas.
Boleh pulak dia tunduk dekat aku sambil airmata bertakung dlm mata dan tangan didada tanda dia tersentuh dengan kata-kata aku  . aku cuak dan dupdapdupdap gila. sserba salah pun ada.. aku dah lah segan . main tunduk2 pulak .. terus aku bagi salam and blah.. segan .laju aku balik bilik aku .
bila jumpa masa dia berniaga pisang goreng cheese tu , dia kenal aku and masing-masing segan . k fineeeeee. hahahahahahah .

but overall .. mmg aku berbangga dapat menjayakan MDS masa tu . Alhamdulillah.
insyaAllah . entri lain lah pulak ye . penat aku menaip ni .

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti .


salam sayang ,

MAGPAHULA SEPET 



olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Melangkah Ke Ruang Besar...


Assalamualaikum wbt.
Olla readers yang digemari .

Entri lepas , aku dah cerita macammana dan apa yang menyebabkan aku memilih UiTM sebagai tempat untuk aku further my studies eventhough in the field that i dont really passion about .But u know, if Allah says so , it will happen . KUN FAYAKUN !! remember?

Aku tak pernah tolak takdir dan aku bukan menyalahkan takdir . Aku yakin semua yang terjadi dekat aku dan semua manusia di mukabumi ini ada hikmah . Kenapa Allah turunkan bala ? Kenapa aku masuk UiTM ? itu semua dah ditetapkan Allah swt di Luh Mahfuz lagi . Siapa kita nak menolak weh?

By the way , nak cerita tentang Melangkah Ke Ruang Besar ni.
Ayat Bombastik dah kan ? Hiperbola je lebih ni . hahaha
sebenarnya nak cerita tentang first time aku masuk ke UiTM Kampus Segamat ni .

Bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi beb .
lepas subuh dah siap2 untuk ke Johor .
excited? nervous? sedih ?
takda !! aku takda rasa apa . aku kosong .
sebab memang aku berat nak pergi tinggalkan ayah ibu yang sememangnya sentiasa sakit2 lately .
kau ingat senang nak pergi belajar dengan membawa beban dibahu .
membawa harapan keluarga yang tak pernah putus meletakkan kita sebagai 'HARAPAN KELUARGA' ??
Tak senang beb... tak senang ..
Demi Allah . memang aku dah letak mindset untuk taknak buat kawan !!!!
aku nak alone and stay alone and be a loner till the last sem .
aku nak FOKUS!!
dan akhirnya?? kelautttttttttt...... sebab aku sebenarnya agak Kepochi.

Okay ! so , sampai-sampai lebih kurang 8.15 pagi camtu . dan Alhamdulillah . aku ingat lagi aku sampai ada PM-PM yang tunggu depan gate untuk distribute our kolej . so dapat kat PM Aswad tak silap aku .. Aku dapat KOLEJ INTAN wehhhh! sama nama dengan ibu ceq.. haha.
what a coincidence kan ?
so daftar dan check in bilik aku.
Again Allah bantu aku wehhhhhh.
Bilik 2 org dan bukannya 4 org .
selesa bak ang !!!!

Aku nak cakap ni .!
aku rasa bersyukur.. alhamdulillah wa syukurillah.
sebab urusan masuk ke U ni , memang Allah permudahkan .
urusan aku mudah dari pelbagai sudut ..
Dari segi pembayaran yuran, duit makan , duit sediakan barang2 keperluan , urusan bank , perjalanan lancar ke sini , check in bilik , dapat bilik dua org dan lain-lain lagi .
mmg aku tak dapat masalah langsung tau .
aku yakin dengan kata-kata Pak uda dekat aku . memang memberi kesan .
kau nak tahu apa yang dia ckp masa dia advice aku untuk ke UiTM ni ..?

"Uda dulu pun macam nurul . Uda tak minat course  ni . Tapi uda tahu ! Keluarga aku tak mampu ! Kenapa perlu aku susahkan mereka sedangkan niat aku nak ubah nasib keluarga . Uda masuk jugak sebab uda tahu ada kebaikan di UiTM dan Allah dah nak mudahkan jalan uda untuk berjaya . Why not ?"

Korang tahu ? Allah dah berpesan dan berjanji .
"Barangsiapa yang menyenangkan kedua orang tuanya , maka Allah akan permudahkan urusannya dunia akhirat "

wehhh.. terbukti tau .. aku pilih untuk menyenangkan hati ibu ayah aku dan Allah permudahkan semua urusan aku . Sampai lah sekarang ni .. aku tak nafikan . di sebalik Assignment bertimbun setiap hari ni , Allah jaga aku . Makan Pakai aku cukup. Ada je kawan aku yang sanggup makan dicatu . Sehari sekali je makanan. itu pun RM3 je yang akan digunakan .. kau ingat cukup nak makan dengan banyak tuh je . Nasi dengan Ayam Goreng je pun dah RM4 kat sini . so acanooo?

sebab tu aku ckp..
AKU SANGAT BERSYUKUR DENGAN KURNIAAN ALLAH INI .

dah cukup membebel ..
insyaallah . next entry aku sambung lagi dengan kisah aku disini .
Nama pun budak kampus journey kan ???

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti




olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Sunday 1 March 2015

Dan Kisah Pun Bermula..........

Assalamualaikum wbt .

So tibalah masa nak kena menaip satu persatu cerita tentang everything that happen in my life . So today nak cerita about my journey nak masuk UITM ni .
Si magpahula sepet ni , sebenarnya kalau nak  ikutkan tak nak pun masuk uitm ni . Sebabnya hati aku dah terikat dengan course SAINS KESETIUASAHAAN  yang ditawarkan oleh Politeknik . Dapat kat Sabak Bernam yang takes about 2 hours  maximum  from my house . Okay lah kan! Persiapan untuk pendaftaran dah siap 60% dah . Borang Jawapan Tawaran pun dah hantar . Yang tinggal untuk bayar je . Memang kalau nak ikutkan yuran untuk pergi ke sana lagi mahal berbanding UITM kan ? tapi sebab minat sangat course ni , aku berkeras untuk amik tawaran tu jugak .

Masa tu kan , ramai yang datang pujuk aku supaya masuk Uitm . Termasuklah Pak Uda aku yang sememang kerja kat Uitm  . Dia Pegawai unit sukan di UITM Pasir Gudang . Dia call aku and aku pick up lah sebab his advise somehow akan jadi something yang sangat berguna untuk aku . Sebab nak pilih antara dua pilihan bukan benda yang senang . Aku memang Istikarah tapi jawapan Allah masih aku tak dapat . So , he called and dia advice untuk terima this course which is INFORMATION MANAGEMENT yang seriously aku tak tahu pun apa benda yang akan diajar nanti . Memang senang cerita aku tolak mentah-mentah program ni . Kenapa aku pilih dulu ? haha Jawapannya sebab aku nampak perkataan ‘management’  tu . Entah kenapa aku really interested in management .

So , lepas tersedu-sedan menangis depan pak uda . I feel a bit relieve . Kenapa? Mungkin sebab aku lebih sedar tanggungjawab aku sebagai anak . Iya lah aku anak sulung dalam family . Aku yang kena bertanggungjawab untuk jadi role model untuk adik-adik aku . So aku istikarah lagi sekali dan Alhamdulillah .  And now here I am . Di UITM KAMPUS SEGAMAT , JOHOR . Uitm dihatiku ..



olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..