Tuesday 3 March 2015

Melangkah Ke Ruang Besar...


Assalamualaikum wbt.
Olla readers yang digemari .

Entri lepas , aku dah cerita macammana dan apa yang menyebabkan aku memilih UiTM sebagai tempat untuk aku further my studies eventhough in the field that i dont really passion about .But u know, if Allah says so , it will happen . KUN FAYAKUN !! remember?

Aku tak pernah tolak takdir dan aku bukan menyalahkan takdir . Aku yakin semua yang terjadi dekat aku dan semua manusia di mukabumi ini ada hikmah . Kenapa Allah turunkan bala ? Kenapa aku masuk UiTM ? itu semua dah ditetapkan Allah swt di Luh Mahfuz lagi . Siapa kita nak menolak weh?

By the way , nak cerita tentang Melangkah Ke Ruang Besar ni.
Ayat Bombastik dah kan ? Hiperbola je lebih ni . hahaha
sebenarnya nak cerita tentang first time aku masuk ke UiTM Kampus Segamat ni .

Bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi beb .
lepas subuh dah siap2 untuk ke Johor .
excited? nervous? sedih ?
takda !! aku takda rasa apa . aku kosong .
sebab memang aku berat nak pergi tinggalkan ayah ibu yang sememangnya sentiasa sakit2 lately .
kau ingat senang nak pergi belajar dengan membawa beban dibahu .
membawa harapan keluarga yang tak pernah putus meletakkan kita sebagai 'HARAPAN KELUARGA' ??
Tak senang beb... tak senang ..
Demi Allah . memang aku dah letak mindset untuk taknak buat kawan !!!!
aku nak alone and stay alone and be a loner till the last sem .
aku nak FOKUS!!
dan akhirnya?? kelautttttttttt...... sebab aku sebenarnya agak Kepochi.

Okay ! so , sampai-sampai lebih kurang 8.15 pagi camtu . dan Alhamdulillah . aku ingat lagi aku sampai ada PM-PM yang tunggu depan gate untuk distribute our kolej . so dapat kat PM Aswad tak silap aku .. Aku dapat KOLEJ INTAN wehhhh! sama nama dengan ibu ceq.. haha.
what a coincidence kan ?
so daftar dan check in bilik aku.
Again Allah bantu aku wehhhhhh.
Bilik 2 org dan bukannya 4 org .
selesa bak ang !!!!

Aku nak cakap ni .!
aku rasa bersyukur.. alhamdulillah wa syukurillah.
sebab urusan masuk ke U ni , memang Allah permudahkan .
urusan aku mudah dari pelbagai sudut ..
Dari segi pembayaran yuran, duit makan , duit sediakan barang2 keperluan , urusan bank , perjalanan lancar ke sini , check in bilik , dapat bilik dua org dan lain-lain lagi .
mmg aku tak dapat masalah langsung tau .
aku yakin dengan kata-kata Pak uda dekat aku . memang memberi kesan .
kau nak tahu apa yang dia ckp masa dia advice aku untuk ke UiTM ni ..?

"Uda dulu pun macam nurul . Uda tak minat course  ni . Tapi uda tahu ! Keluarga aku tak mampu ! Kenapa perlu aku susahkan mereka sedangkan niat aku nak ubah nasib keluarga . Uda masuk jugak sebab uda tahu ada kebaikan di UiTM dan Allah dah nak mudahkan jalan uda untuk berjaya . Why not ?"

Korang tahu ? Allah dah berpesan dan berjanji .
"Barangsiapa yang menyenangkan kedua orang tuanya , maka Allah akan permudahkan urusannya dunia akhirat "

wehhh.. terbukti tau .. aku pilih untuk menyenangkan hati ibu ayah aku dan Allah permudahkan semua urusan aku . Sampai lah sekarang ni .. aku tak nafikan . di sebalik Assignment bertimbun setiap hari ni , Allah jaga aku . Makan Pakai aku cukup. Ada je kawan aku yang sanggup makan dicatu . Sehari sekali je makanan. itu pun RM3 je yang akan digunakan .. kau ingat cukup nak makan dengan banyak tuh je . Nasi dengan Ayam Goreng je pun dah RM4 kat sini . so acanooo?

sebab tu aku ckp..
AKU SANGAT BERSYUKUR DENGAN KURNIAAN ALLAH INI .

dah cukup membebel ..
insyaallah . next entry aku sambung lagi dengan kisah aku disini .
Nama pun budak kampus journey kan ???

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti




olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

No comments:

Post a Comment